Abdul Aziz Yeop
Abdul Aziz Yeop

Abdul Aziz Yeop

Tan Sri Abdul Aziz bin Yeop ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Malaysia bagi Padang Rengas pada 1974 hingga 1978. Dalam pada itu, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke-8 dari Julai 1975 hingga Ogos 1978. Beliau ialah pengerusi pertama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang ditubuhkan pada 1967[1].Abdul Aziz adalah rakyat Malaysia pertama lulus Undang-undang di Lincoln Inn London . Setelah lulus undang-undang dan menjadi peguam , beliau menjadi pegawai kerajaan sebagai peguam, diplomat dan ahli parlimen.Anak beliau ialah Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, seorang menteri kabinet sejak era Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.